+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Monday 23 October 2017

Sedap yer Air Gula

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kandungan bundaa dah 6 bulan. Tak ada alahan yang teruk pon. Biasa la kot kalau pepagi gosok gigi nak termuntah kan, lepas tu makan ubat nak muntah. Kalau makan, semua onsss tak pernah ku tolak..Hahahha

so memandangkan kandungan dah 6 bulan, air gula pulak kene minum..Ape bende air gula ni? kenape kene amek? Air Gula ni jugak dikenalpasti dengan nama Modified Glucose Tolerance Test (MGTT).. wajib yer buat IBU PERTAMA KALI atau IBU YANG PERNAH ADA SEJARAH PENYAKIT ORANG KAYA selain itu :

  • wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • wanita yang pernah hamil bayi besar
  • wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • wanita berumur 25 ke atas
  • wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan

Sumbe Pok Cik Google
http://nadiamusa.net/blog/minum-air-gula-dan-ujian-darah-mgtt-serta-cara-mengatasi-kencing-manis-ketika-hamil/

Bundaa tanya pada kakyong which is my sister, dia suka minum air gula sebab dia memang giler benda manis so tak terkejut pon dgn jawapan dia, and thru my sister in law pulak, dia tak suke..susah nak telan kate yer.

Jadi ada 2 jawapan berbeza ye dekat sini. hahahah..I is pening. Sehari sebelum kene puasa dari pukul 10 malam sampai lar lepas minum air gula tu. so start 10 malam memang tak boleh nak telan ubat.  Pagi tu dah rasa lapar k, yelar pepagi biase sarapan tapi kene tahan perut sebab puasa

jadi setiap orang badan lain2 jadi penerimaan pon lain2 la, termasuk bundaa. dengar cerita ade yg siap muntah, Allahu! risau yer kalau muntah sebab kalau muntah kene minum balik. tapi insha Allah, harap2 semua berjalan lancar.

Pukul 7pagi tepat sampai depan klinik, amek num giliran macam biase. Pukul 8pagi num bundaa kene panggil. 1st kene amek darah..mesti pelik kan knpe 1st pulak..sebenar yer 2kali kene amek darah sebelum dan selepas minum air gula. Lepas amek darah baru minum air gula tunggu 2 jam after that baru ambil darah balik ( result okay! )

Sumber Pok Cik Google
http://health.kompas.com/read/2014/03/25/1838413/Cara.Mengurangi.Pegal.Setelah.Ambil.Darah


Alhamdulillah bundaa tak ada masalah dgn air gula ni. 3 kali teguk setel. hahaha. Tapi kesian kat sorang mummy ni, dia baru masuk mulut dah bluekk..mungkin alahan dia dahsyat kot tapi takpelar tak terkilan sangat sebab dia baru nak minum tak ada la kene repeat dari awal..hehe. lepas minum kene tunggu 2 jam yer, taktau nak buat ape 2 jam..nak makan ape semua tak boleh lagi.. sudah yer pergi surau..tidur kejap..nak makan tak boleh, perut dah bunyi soprano dah.

TIPS MINUM AIR GULA :

- MINUM AIR GULA SUAM2
-JANGAN DOK SEMBANG DENGAN ORANG SEBELAH
KALAU NAK TUTUP HIDUNG, BUAT JER TAK ADE YG MELARANG
- JANGAN STRESS2 SEBAB EMOSI TU NANTI MEMPENGARUHI RESULT MOMMY
- MINDSET KENA POSITIVE K BONDA
- ENJOY THE JOURNEY 

2 Jam kemudian..........

yayyy! result kite normal, Alhamdulillah..Allah permudahkan segala-galanya. macam mana nak tau lulus ke tak.. meh ni nak share 

Bacaan daripada sampel darah sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Jadi bonda2 yang tak lama lagi nak minum air gula pastikan prepare kan diri tu sesiap..sehari sebelum nak minum tu makan banyak2 sikit..sebab esok dah lapar k..lapar dia lain macam










2 comments

Thursday 19 October 2017

Buku Merah ke Pink?

Assalamualaikum


last post hari tu bundaa ade bagitau yg dokter ada suruh pergi ke klinik berdekatan di rumah untuk pemeriksaan every month atau week kan..taraaaaa, ni lar buku yer..dengan jayanya.


Excited k bila tengok buku ni. Bukan ape buku ni menentukan segala-galanya..dari nipis ke tebal buku ni nanti. Alhamdulillah sister di klinik kesihatan shah alam ss 7 sangat bagus dan friendly siap ade yg promote untuk tambah susu lagi kat bundaa..hahahah

Kemudian dah settel semua, kami ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat Zincofer (iron). bundaa ni bukan seorang yang mudah nak telan segala macam ubat masuk dalam tekak tapi dek kerena memikirkan anak dalam kandungan ni ku gigihkan jugekk.


Sehari ubat ni bundaa akan telan 1 biji..nak makan ni mesti dalam keadaan perut kosong yer. Berkesan di makan ketika perut kosong. cuolls kene makan zincofer 2jam selepas makan or sebelum makan.. Tak kiralah waktu pagi atau malam, petang tak boleh yer.. tak sure sebab ape lupe dah. Tapi kalau hb cuolss turun, kene telan 2 biji lar..satu pagi and malam sebelum nak tido.

Ohh paling penting, once dah tau cuolss ni preggy jangan sesekali minum benda berkafein, yang ni lagi hebat.. Terus dia "potong"... Minuman berkafein tu seperti nescaffe, tea & kopi..setel ambil ubat terus balik. Tiada pembayaran pape k, kerajaan kan.. FOC <3




2 comments

Alhamdulillah.. Rezeki Selepas 4 Bulan

Assalamualaikum

Mungkin ini pertama kalinya saya menaip (nervoes k) dan share serba sedikit pengalaman pertama bakal bergelar seorang bunda . Teringin sangat nak anak sendiri panggil BONDA. Jadi tak salah kan kalau saya gelarkan diri saya kepada cuolss semua "bundaa"

Pada tanggal 18/3/2016 saya telah sah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah seusia 25 tahun dah menjadi isteri. Ada yang beranggapan, perangai kau macam budak2 lagi la boleh ke uruskan hal rumhatangga? jage diri sendiri pon tak betul lagi and so on..come on, zaman sekarang ni tak mengenal umur lagi k. Dah sampai seru, and dah ade orang nak tunggu ape lagi.

Cantik tak?? kbaii
Bukan ni yang bundaa nak cerita. tapi jengg jengg..hehe Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk mendapat zuriat selepas 4bulan mendirikan rumahtangga. Kami tak planning pon dan kami tak menolak. Patut la puasa ku ponoh..hehe..Terima kasih kepada ibu mentuaku yang pakse untuk check di pregnancy test 2 hari sebelum nak raya.


Setelah 2 line confirm di pregnancy test, ibu mentuaku terus suruh confirmkan di klinik yang berdekatan. Alhamdulillah result is positive bebeh! so dokter sarankan buka buku merah di kawasan kilinik kesihatan berdekatan dengan rumah. Tanya pendapat kawan2 ramai yg memberi cadangan ke swasta dan ada juga yg menyuruh ke kerajaan. tak kisah pon sebenar yer yang penting kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan kene sentiase dipantau.

Tapi untuk orang yang berpengalaman lebih, mereka lebih menyuruh pergi ke kerajaan, sekurang-kurang yer kalau kau dah nak terberanak nanti, mulut sister2 atau nurse di hospital kerajaan tak ade la bising nanti. Pada yang nurse di kerajaan jangan sentap yer, ni kate ibu mentuaku..huhuhu

Jadi yang mana masih berusaha untuk mengadung, keep berdoa dan terus2 kan usaha. Inshaa Allah ada rezeki tu. Nak tau apa yang bundaa lakukan sepanjang kandungan bundaa, nantikan blog post nanti k.
No comments