+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Thursday 19 October 2017

Alhamdulillah.. Rezeki Selepas 4 Bulan

19:37

Share it Please
Assalamualaikum

Mungkin ini pertama kalinya saya menaip (nervoes k) dan share serba sedikit pengalaman pertama bakal bergelar seorang bunda . Teringin sangat nak anak sendiri panggil BONDA. Jadi tak salah kan kalau saya gelarkan diri saya kepada cuolss semua "bundaa"

Pada tanggal 18/3/2016 saya telah sah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah seusia 25 tahun dah menjadi isteri. Ada yang beranggapan, perangai kau macam budak2 lagi la boleh ke uruskan hal rumhatangga? jage diri sendiri pon tak betul lagi and so on..come on, zaman sekarang ni tak mengenal umur lagi k. Dah sampai seru, and dah ade orang nak tunggu ape lagi.

Cantik tak?? kbaii
Bukan ni yang bundaa nak cerita. tapi jengg jengg..hehe Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk mendapat zuriat selepas 4bulan mendirikan rumahtangga. Kami tak planning pon dan kami tak menolak. Patut la puasa ku ponoh..hehe..Terima kasih kepada ibu mentuaku yang pakse untuk check di pregnancy test 2 hari sebelum nak raya.


Setelah 2 line confirm di pregnancy test, ibu mentuaku terus suruh confirmkan di klinik yang berdekatan. Alhamdulillah result is positive bebeh! so dokter sarankan buka buku merah di kawasan kilinik kesihatan berdekatan dengan rumah. Tanya pendapat kawan2 ramai yg memberi cadangan ke swasta dan ada juga yg menyuruh ke kerajaan. tak kisah pon sebenar yer yang penting kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan kene sentiase dipantau.

Tapi untuk orang yang berpengalaman lebih, mereka lebih menyuruh pergi ke kerajaan, sekurang-kurang yer kalau kau dah nak terberanak nanti, mulut sister2 atau nurse di hospital kerajaan tak ade la bising nanti. Pada yang nurse di kerajaan jangan sentap yer, ni kate ibu mentuaku..huhuhu

Jadi yang mana masih berusaha untuk mengadung, keep berdoa dan terus2 kan usaha. Inshaa Allah ada rezeki tu. Nak tau apa yang bundaa lakukan sepanjang kandungan bundaa, nantikan blog post nanti k.

0 comments:

Post a Comment