Sedap yer Air Gula

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kandungan bundaa dah 6 bulan. Tak ada alahan yang teruk pon. Biasa la kot kalau pepagi gosok gigi nak termuntah kan, lepas tu makan ubat nak muntah. Kalau makan, semua onsss tak pernah ku tolak..Hahahha

so memandangkan kandungan dah 6 bulan, air gula pulak kene minum..Ape bende air gula ni? kenape kene amek? Air Gula ni jugak dikenalpasti dengan nama Modified Glucose Tolerance Test (MGTT).. wajib yer buat IBU PERTAMA KALI atau IBU YANG PERNAH ADA SEJARAH PENYAKIT ORANG KAYA selain itu :

  • wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • wanita yang pernah hamil bayi besar
  • wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • wanita berumur 25 ke atas
  • wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan

Sumbe Pok Cik Google
http://nadiamusa.net/blog/minum-air-gula-dan-ujian-darah-mgtt-serta-cara-mengatasi-kencing-manis-ketika-hamil/

Bundaa tanya pada kakyong which is my sister, dia suka minum air gula sebab dia memang giler benda manis so tak terkejut pon dgn jawapan dia, and thru my sister in law pulak, dia tak suke..susah nak telan kate yer.

Jadi ada 2 jawapan berbeza ye dekat sini. hahahah..I is pening. Sehari sebelum kene puasa dari pukul 10 malam sampai lar lepas minum air gula tu. so start 10 malam memang tak boleh nak telan ubat.  Pagi tu dah rasa lapar k, yelar pepagi biase sarapan tapi kene tahan perut sebab puasa

jadi setiap orang badan lain2 jadi penerimaan pon lain2 la, termasuk bundaa. dengar cerita ade yg siap muntah, Allahu! risau yer kalau muntah sebab kalau muntah kene minum balik. tapi insha Allah, harap2 semua berjalan lancar.

Pukul 7pagi tepat sampai depan klinik, amek num giliran macam biase. Pukul 8pagi num bundaa kene panggil. 1st kene amek darah..mesti pelik kan knpe 1st pulak..sebenar yer 2kali kene amek darah sebelum dan selepas minum air gula. Lepas amek darah baru minum air gula tunggu 2 jam after that baru ambil darah balik ( result okay! )

Sumber Pok Cik Google
http://health.kompas.com/read/2014/03/25/1838413/Cara.Mengurangi.Pegal.Setelah.Ambil.Darah


Alhamdulillah bundaa tak ada masalah dgn air gula ni. 3 kali teguk setel. hahaha. Tapi kesian kat sorang mummy ni, dia baru masuk mulut dah bluekk..mungkin alahan dia dahsyat kot tapi takpelar tak terkilan sangat sebab dia baru nak minum tak ada la kene repeat dari awal..hehe. lepas minum kene tunggu 2 jam yer, taktau nak buat ape 2 jam..nak makan ape semua tak boleh lagi.. sudah yer pergi surau..tidur kejap..nak makan tak boleh, perut dah bunyi soprano dah.

TIPS MINUM AIR GULA :

- MINUM AIR GULA SUAM2
-JANGAN DOK SEMBANG DENGAN ORANG SEBELAH
KALAU NAK TUTUP HIDUNG, BUAT JER TAK ADE YG MELARANG
- JANGAN STRESS2 SEBAB EMOSI TU NANTI MEMPENGARUHI RESULT MOMMY
- MINDSET KENA POSITIVE K BONDA
- ENJOY THE JOURNEY 

2 Jam kemudian..........

yayyy! result kite normal, Alhamdulillah..Allah permudahkan segala-galanya. macam mana nak tau lulus ke tak.. meh ni nak share 

Bacaan daripada sampel darah sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Jadi bonda2 yang tak lama lagi nak minum air gula pastikan prepare kan diri tu sesiap..sehari sebelum nak minum tu makan banyak2 sikit..sebab esok dah lapar k..lapar dia lain macam










No comments

Powered by Blogger.